Snow

background :)

Friday, 20 November 2015

** Sebab

Assalam,
Guys,

Kalau boleh sume benda aku nak buat hari ni
Kalau boleh sume orang aku nak hepikan hari ni
Kalau boleh sume perkara aku nak setelkan hari ni
Kalau boleh ape yang aku nak buat aku terus buat hari ni

sebab
aku taktau bila aku mati
sebab 
aku taktau sampai bila aku hidup
sebab 
aku taktau bila aku terus sihat
sebab
 kita tak pernah tau ape akan terjadi walau sesaat akan datang pon

Tapi,
Islam mengajar erti sederhana
Islam mengajar erti bersabar
Islam mengajar erti yakin pada takdir
Islam mengajar yakin pada Allah
Islam banyak mengajar akan kehidupan
terutama sekali dunia yang diibaratkan hanya setitis air di lautan 
berbanding kehidupan akhirat yang kekal abadi ibarat seluas lautan

Allah tahu yang terbaik
Allah tahu apa yang patut diutamakan hari ni
Allah tahu bahagian setiap hambaNya hari ni

Allah tahu segalanya
Bahkan Allah yang mengizinkan setiap apa yang terjadi pada kita hari ni

Jadi,
Bertabah dan yakin padaNya
Bersyukur dan teruskan melangkah dengan penuh prasangka baik akan takdir yang 
Allah tetapkan
Moga kesabaran dan redhaNya mengiringi langkah kita sehari hari hingga ke 
nafas yang terakhir di dunia seterusnya redha di akhirat, di SyurgaNya kelak

InshaAllah aamiin.

n/s : The days count for you and me.



salam kasih, salam sayang. 
salam ukhuwah. 
wassalam.

 

No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR DROPPING BY :)