Snow

Saturday 5 November 2022

** MALBATT 850-10 : Cinta ke Bumi Anbiya, Lubnan

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, salam bahang PRU-15 #eh hahaha kene la related sikit dengan isu semasa gitu.

Whats up guys?
Aku sebenarnya wondering tau, ade ke yang baca blog aku ni hahaha.
Tapi kalau takde yang baca pon takpe sebab masih ada sorang yang setia baca.
Nak tau sapa? 
.
.
.
Aku la, blog owner.

Antara satu space yang dengan tak malunya i declare myself as owner. Tu pon ada juga beberapa kali kene hacked dan dah nak kene remove sbb inactive. Apo syiera? ;p

Dah dah, now lets back to tajuk.

Alhamdulillah ala kulli hal.
Impian seseorang yang kita sayang, Allah makbulkan dengan caraNya, masaNya yang pastinya yang terbaik mengikutNya.

AllahuAkbar!
I never thought I am going to went back to my 'home' this soonest, but indeed Allah knows best.

The day he told me dia dapat selected pegi misi ni, hari yang sama 1st time aku kene attend AGM Bakat after years sebab, adalah sebabnya hahaha. Mase tu lepak lepak lepas subuh sebelum nak bersiap nak attend meeting, ada benda yang kitorg borakkan.

Taksilap aku laa, pasal posting. sebab 2022 kami berharap akan dapat posting SM.
then tibbeh,
.
.
.
bla bla bla,
short story dia tunjuk aku kawat sekar tu.
sebbaik laa kita ni boleh lh jgk bace sbb ayat depa tak stret macam ayat kita.

and I be like?
seriously?

sis memang terkedu. 
dalam hati ni dah macam roller-coaster, happy, risau, sedih, takut, semua laa and at the same time i knew it will be another adventure to face fuhhh.

"you got my back. pergi."
and the rest is history.

Actually sebelum kahwin, he ever mentioned to me about misi malbatt ni, and also lepas kawen pon we ada discuss about ni. Especially masa one of our close friend, husband dia pergi on 850-8. Lagi lah time tu tengah covid, ada kuarantin, takboleh sent-off. Allahu, I should be more grateful kan?

Alhamdulillah.

So apebende misi malbatt ni?
Jujurnya aku nak explain pon, it may differ between the series, so you guys boleh je google hahaha.
Sini aku share link, apa itu Malbatt?

Cut it off,
 sebab aku nak cerita lebih takut taknampak dah keyboard dengan skrin ni. 

Takpe, ini bahagian aku dan dia. 
Allah dah makbulkan antara doa dan impian dia tu dah dikira satu hadiah besar dari Allah. Kita memang ada banyak impian, kita memang ada banyak perancangan tapi semuanya akan kembali kepada Maha Pengatur dan alunan takdir yang Dia tetapkan.

Aku post ni sebab nak remark a special post for him.
Supaya aku tak lupa dan boleh jadi pemangkin semangat or reminder di masa akan datang.

27th October 2022
Birthday ibu yg ke-58 tahun
1st Sortie

Semoga sentiasa dalam jagaan Allah syurgaku.
Jaga diri, jaga iman, jaga hati.
FI hifzillah.

Lagi panjang kang lagi emosi hahaha
bai guys.
see you next post.
InshaAllah

sikit je laa aku lanjew gambar okay?


Alhamdulillah cuaca elok sangat hari tu


Si topi biru



n/s : Smg Allah pertemukan kita lagi dalam keadaan kita yang lebih baik, smg jua segala urusan dan perancangan kita Allah sentiasa permudahkan dan lancarkan. Aamiin.
I just missed you a seconds you left me.
Be well there. We can do this!



salam kasih, salam sayang. 
salam ukhuwah. 
wassalam.